Rekod dalam beberapa saat
Duit masuk, duit keluar, jualan dan belanja. Tekan +, isi amaun, siap. SAPRO susun ke akaun yang betul.
Rekod jualan dan belanja, hantar invois, scan resit dengan AI. Untung rugi dan Borang B disediakan automatik. Di telefon atau komputer.
Anda rekod apa yang berlaku dalam bisnes. SAPRO uruskan debit, kredit dan laporan di belakang tabir.
Duit masuk, duit keluar, jualan dan belanja. Tekan +, isi amaun, siap. SAPRO susun ke akaun yang betul.
Hantar invois melalui WhatsApp atau pautan. Pelanggan nampak DuitNow QR dan akaun bank anda sendiri.
Ambil gambar resit atau bil. AI isi tarikh, amaun, pembekal dan kategori untuk anda.
Untung rugi, kunci kira-kira, imbangan duga dan lejar am. Sentiasa terkini, tanpa kira manual.
Angka untuk Borang B disediakan dari rekod anda, siap untuk disalin ke MyTax.
"Berapa untung bulan ini?" "Belanja apa paling besar?" Tanya dalam BM, dapat jawapan dari data anda.
Muat naik penyata bank, padankan dengan rekod, dan baki bank anda sentiasa tepat.
Jemput staf, asingkan cawangan, dan urus lebih dari satu syarikat dalam satu akaun.
Buat invois dalam seminit dan kongsi melalui WhatsApp, pautan atau PDF. Pelanggan buka pautan, nampak DuitNow QR dan akaun bank anda, dan boleh tekan "Saya sudah bayar". Duit masuk terus ke akaun anda sendiri; anda sahkan, SAPRO rekod.
Bayaran online untuk invois. Sambung akaun payment gateway anda sendiri, pelanggan bayar dengan FPX terus dari pautan invois, dan invois ditanda dibayar secara automatik.


Setiap rekod terus masuk ke laporan. Lihat untung bersih, ke mana duit pergi dan dari mana ia datang, dalam bahasa yang mudah faham.


Snap resit atau bil, dan AI isi tarikh, amaun, pembekal dan kategori. Ada soalan tentang bisnes? Tanya AI dalam BM dan dapat jawapan terus dari rekod anda.


SAPRO kumpul angka dari rekod sepanjang tahun ikut kod dalam Borang B. Tekan untuk salin, tampal ke MyTax. Tak perlu susun resit di saat akhir.
e-Invois MyInvois. Hantar invois terus ke LHDN dari SAPRO, dengan status dan kod QR pengesahan pada invois anda.


Data yang sama di kedua-duanya. Versi komputer ada jadual penuh, pintasan papan kekunci dan eksport, sesuai untuk kerja akaun yang panjang.
Buka SAPROIsi nama bisnes dan e-mel. Percubaan 14 hari bermula serta-merta, tiada kad diperlukan.
Masukkan baki bank, rekod jualan dan belanja, scan resit, hantar invois kepada pelanggan.
Untung rugi, kunci kira-kira dan Borang B dikemas kini setiap kali anda merekod.
Cuba semua ciri percuma selama 14 hari, kemudian pilih pakej.
Untuk bisnes kecil dan sederhana: semua modul, telefon dan komputer.
Jawapan ringkas untuk soalan yang selalu ditanya.
Tak perlu. Anda rekod apa yang berlaku, contohnya "jual kek RM50" atau "bayar sewa RM800". SAPRO letak ke akaun yang betul dan sediakan laporan. Akauntan anda masih boleh semak imbangan duga dan lejar am bila perlu.
Boleh. Buka SAPRO di pelayar web dan log masuk dengan akaun yang sama. Versi komputer ada jadual penuh, pintasan papan kekunci dan eksport CSV.
Daftar dan terus guna semua ciri selama 14 hari. Tiada kad diperlukan. Bila tamat, pilih pakej untuk teruskan. Rekod anda kekal.
Pelanggan bayar terus kepada anda: pautan invois memaparkan DuitNow QR dan akaun bank yang anda tetapkan. Selepas bayar, pelanggan tekan "Saya sudah bayar" dan anda dapat notis untuk semak dan sahkan. SAPRO tidak memegang duit anda. Bayaran online (FPX) terus dari pautan invois akan datang tidak lama lagi.
Boleh. Jemput staf ke pasukan anda, asingkan rekod ikut cawangan, dan urus lebih dari satu syarikat, ikut had pakej anda.
Sokongan e-Invois MyInvois sedang dibangunkan: invois yang anda keluarkan akan dihantar terus ke LHDN dari SAPRO. Perniagaan kecil di bawah had jualan tahunan tertentu dikecualikan; semak status perniagaan anda di laman e-Invois LHDN.
Sambungan disulitkan (HTTPS), dan hanya orang yang anda jemput boleh lihat rekod syarikat anda. Baca dasar privasi kami untuk butiran.
Mula hari ini. Percuma 14 hari, tiada kad diperlukan.